Thursday, March 02, 2006
KESAKITAN
Lama. Aku tidak menulis. Kesibukan dengan kerjaya melekakan. Sakit tak kebah. Berkerjaya dalam keadaan kesihatan yang meruncing memang melemaskan. Aku tidak tahu sampai bila derita ini akan berakhir.

Sebulan yang lepas, aku terpana. Orang yang aku minta bantuan rawatan, akhirnya menghembuskan nafas terakhir. Aku dimaklumkan, itupun secara tidak sengaja tatkala aku ingin mengulangi rawatan. Menurut isterinya, arwah nazak bermula dengan demam urat. Hingga lumpuh. Seminggu kemudian arwah tiada. Aku menangis semahu-mahunya. Disebabkan akukah arwah jadi begitu?

Tenang. Tenang. Aku memujuk diri. Kepala dan dada begitu berat dan sakit tanpa henti. Berbakul ubat doktor aku telan. Migrain apakah ini hingga tiada ubatpun boleh meredakan? Sudahnya aku minum air yassin. Redanya sedikit. Tetapi itupun sudah cukup melegakan. Syukran Tuhan! Syukran! Syukran!

Ya, aku memang begitu perahsia dengan Suri. Dia jauh. Aku tidak mahu kesibukannya dengan pelajaran mengganggu konsentrasinya. Ya, menulis di sini, lambat laun berita ini tersampai jua. Aku harap dia mengerti. Aku tahu ini memang berat untuk dilalui. Tetapi masuk tahun yang kelima hidup begini, aku kena redha. Mencari tenang dan serahkan segala-galanya kepada DIA selepas berusaha.

Si putera sudah merengek rindu. 5 hari aku tidak pulang. Mak minta balik lihat si cilik yang tidak lekang menyebut nama papa. Kerjaya sampai bilapun anak perlu dijenguk juga.

Esok ke Kota Kinabalu atas urusan rasmi. Isnin kembali menjengah bumi Semenanjung insyaAllah. Moga2 diberi kemudahan. Kesihatan. Hanya itulah harapan dan doa kepada DIA. Tuhan bantulah aku!
posted by rudy bluehikari @ 1:32 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

RUDY BLUEHIKARI
dari Banting ke Fukushima
Winner of Geng Jurnal Best Weblog Award 2001
Terkini
Arkib 2006
Arkib

 

Links
Karya


    Buku kompilasi entri 20 penulis blog terbitan MINE. Hubungi saya di vicenata2000 [at] yahoo [dot] com untuk mendapatkan buku ini.


    Novel bersama kedua saya hasil tangan Sri Diah, MBA, Rudy Bluehikari dan Ibnuariff sudah berada di pasaran sekarang. Terbitan Alaf 21.


    Novel Bersama sulung saya hasil tangan 23 penulis terbitan esastera.com.


    Buku kompilasi entri penulis blog terbitan MINE. Hubungi saya di rudy [at] bluehikari [dot] com untuk mendapatkan buku ini.

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER