Thursday, April 06, 2006 |
KASIH SAYANG |
Nilai kasih sayang sudah tidak bermakna lagi kalau ianya disertakan dengan nilai materialistik. Ya, aku sayang dia. Kerana kasih dan sayang itulah aku sanggup berhabis untuk dia. Dia nak itu, aku belikan. Dia nak ini aku adakan. Waima, segenap kudrat yang ada, kalau dia mahukan sesuatu aku cuba berikan. Manusia, kalau sudah biasa dimanjakan akan ada satu masa dia akan menggunakan sepenuhnya perhatian yang diberikan untuk kepentingan peribadi.
Aku sedih. Lewat sms yang aku terima beberapa hari lepas. Katanya, “along tak usah sms saya lagi”. Katanya, kekasih hatinya marah jika dia menerima sms daripada aku. Kekasihnya cemburu melihat keakraban aku dengan dia. Salahkah? Kalau seorang abang memberikan apa yang termampu untuk seorang adik yang disayanginya?
Buntu? Jangan jadi bodoh!
[Ya, aku sudah mula sadis sekarang. Aku biarkan dia dengan dunianya. Buang masa kalau aku layan perasaan bodoh macam ini. Buat apa aku nak kecewa sedang dia bahagia? Come on Rudy! Jangan jadi bodoh dan bahalol. Aku sudah hentikan operasi sms dan telefon. Berjumpa lagilah aku elak. Ya, aku mahu pastikan tiada lagi kemudahan untuk dia. Biar dia rasa susah. Apa susah? Kekasih hati anak orang kaya. Mintalah apa saja daripada dia.] |
posted by rudy bluehikari @ 2:52 AM |
|
|
|
|