Saturday, September 30, 2006 |
IFTAR: UNAGI BENTO |
Dahulu. Ramadhan 1424 Hijrah.
Empat setengah petang. Rembang senja musim dingin di Fukushima. Gelap. Sudah iftar!Aku bergegas keluar dari Dewan L1, kuliah terakhir. Seluk tangan ke dalam kocek. Ada sebiji kurma. Kunyah lambat-lambat. Nikmatnya berbuka puasa sambil berlari anak ke stesen keretapi Kanayagawa. Tak mahu aku terlepas keretapi. Terlepas keretapi ini maka kena menunggu sejam lagi! Perut sudah berkeroncong minta diisi.
Malam semalam terlajak tak bersahur. Maknanya tak sempat masak nasi untuk berbuka sekali. Dalam kepala mahu buka puasa dengan Takoyaki yang boleh dibeli dengan harga 500 yen di stesen Fukushima. Sampai di hadapan kedai, manusia beratur panjang! Benci.
Di hadapan kedai takoyaki, sepasang kekasih duduk berhimpit. Hangat. Sambil tangan menyuap unagi bento ke mulut. Kecur liur. Oh! Unagi bentopun unagi bentolah! 650 yen bertukar tangan dengan unagi bento. Cari bangku di luar stesen Fukushima. Suap pelan-pelan ke mulut. Arghh! Nikmatnya mengunyah panas-panas nasi dan daging unagi (belut) yang dipanggang dengan tare (sos) khas.
Ramadhan 1427 Hijrah.
Segera teringat kecur liur unagi bento. Ada ke yang sesedap unagi bento Fukushima?
* Lagi cerita belut Jepun |
posted by rudy bluehikari @ 1:43 AM |
|
8 Comments: |
-
Hmm. Belut? macam best ja bunyinya.
Itulah, bila berada di Malaysia kenangan di perantauan yang bermain di minda. bila di kejauhan ni teringan pula masakan Malaysia.
-
>>>Ada ke yang sesedap unagi bento Fukushima?
Kakiage!!!!
-
kalau aku ke jepun macam korang.. mahu aku balik mesia kurus melidi.... belut? eeiiii..
-
Unagi bento? Ha.. tu kegemarana kak. Ada try masa di Tokyo dulu. Fuyoo..!
-
sebut bento, aku ingat lagu bento (iwan fals) je
-
Aku geli belut...tapi kalau dah dihidang dan tak dibagitau yang itu belut mungkin aku makan...hehehe
-
Sudah lama kepinginkan takoyaki yang dijual di stesen fukushima itu. Sudah 5 tahun masa berlalu. Entah ada lagi atau tidak. Kata k.coy, BOM pun sudah tidak ada lagi.
-
hakim: belut memang sedap! suka sgt!
naga: aah la..aku lupa kakiage! slurppp..
lan: ala kalu ko pekena beras jepun jangan harap ko melidi. mmg gumuk habis!
sri: bestkan kak sri unagi bento.
nizam: eh ada ek lagu tu?
BP: aku harap satu hari nanti ad aorg kenakan ko. sedap wo. mcm ikan keli je rasanya!
hada: ne,mada aru to omoi yo. moshikashite Midvalley ni mo yo. ikkai tabeta kedo, sono aji ga zenzen chigau. fukushima no takoyaki tabetai naaa~
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|