Thursday, November 23, 2006 |
KORBAN DAN HIJRAH |
Akhirnya penantiannya berakhir. Selepas berhempas pulas untuk mendapat kerjaya tetap, akhirnya dia berjaya. Kerjaya yang didambakannya bersesuaian pula dengan bidang pengajiannya. Alhamdulillah.
Tetapi, mendapat apa yang dihajati, bukan sampai di situ sahaja. Timbal baliknya, amat memeritkan. Pengorbanan perlu dilakukan. Ya, dia akan berhijrah ke utara. Diarahkan bertugas nun di utara semenanjung, jauh di pedalaman!
Aku bakal kehilangan seorang sahabat. Sahabat yang berkongsi rasa dan bicara. Sedih? Jadi lumrah. Masih ingat kata-kata mak angkat Jepun aku dahulu? AU WA WAKARE NO HAJIME NARI! Pertemuan adalah permulaan bagi perpisahan.
Ambillah semangat Muhamad SAW berhijrah dahulu.
Selamat berhijrah sahabat! |
posted by rudy bluehikari @ 8:24 PM |
|
2 Comments: |
-
berkorban akan datang semula keuntungannya... untuk sahabat segalanya.
-
semoga pengorbanan untuk perpisahan ini akan menjanjikan sesuatu yg lebih baik.. :)
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|