Sunday, June 04, 2006 |
24 BULAN |
Ijad, Ucop Pikor dan Nikiysa.
Seumur hidup aku, tiga sahabat inilah yang akan aku ingat.
Kenal dengan DIA pada ketika kami diduga dengan kegagalan hubungan dengan pasangan masing-masing. Kisah hubungan kami agak singkat. Bermula dengan pertemuan yang diatur oleh mereka bertiga. Di tangga pintu masuk Hotel Plaza Alor Setarlah kami dipertemukan. Aku melirik dia sebelum masing-masing bertembung mata. Malu.
Jauh sekali untuk disamakan dengan Laila dan Majnun. Hubungan kami hanya setakat kawan sehinggalah 2 tahun kemudian kami disatukan. Cinta kami berputik selepas berkahwin. Kehadiran sicilik menguatkan lagi kasih-sayang kami 9 bulan selepas ikatan sekali akad itu dilafazkan. Alhamdulillah.
Hari ini pada tanggal ini, genap 24 bulan usia perkahwinan kami. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar meskipun keadaan kesihatan aku agak tidak mengizinkan. Aku bahagia dikurniakan keluarga kecil ini, meskipun tahun 2006 menyaksikan kami bertiga berjauhan demi masa hadapan DIA yang mahu bergelar seorang pendidik.
Moga-moga Tuhan memberikan kami kebahagiaan. Dunia. Akhirat. |
posted by rudy bluehikari @ 11:56 PM |
|
6 Comments: |
-
owh, usia perkahwinan 24 bulan ek? bukan 24 tahun ke? ;) :P
-
tahniah to rudy,dayah n hiro..semoga kekal bahgia dunia akhirat..semoga persahabatan ini kekal selamanya..berdoalah kita utk kesejahteraan bersama..amin! p/s: bila nak jumpa lagi nih? lama x tgk hiro!
-
...tahniah Rudy. Selamat Ulangtahun Ke-2. semoga berbahagia dengan apa yang dimiliki :)
-
-
selautan tahniah. moga bahagia beriringan di setiap perjalanan. :)
-
happy anniversary.. :) moga² kekal bahagia sehingga akhir waktu. :)
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|