Monday, October 02, 2006 |
CERITA PM JEPUN: AKU MENANG! |
Mantan PM Koizumi
Semasa pelantikan Koizumi sebagai Perdana Menteri Jepun 5 tahun sudah. Aku di tahun dua di Fukushima ketika itu. Aku berdebat dengan Takahashi Otousan (Ayah angkat Jepun) aku. Perdebatan yang menuntut Yumiko Okaasan (Mak angkat Jepun) aku meleraikan perdebatan itu dek kerana kami bertegang urat leher hanya kerana manusia bernama Koizumi!
Takahashi Otousan orang kuat LDP (Liberal Democratic Party) di kawasannya. Aku pula berminat dengan politik Jepun. Ayah angkat aku penyokong kuat dan berada dalam puak Nakasone (bekas Perdana Menteri Jepun antara yang lama bertahan sebagai PM). Dalam pemilihan PM sebelum itu, Koizumi kalah tipis kepada Mantan PM Mori untuk jawatan itu. Tetapi Koizumi bersabar hinggalah beliau menggantikan Mori sebagai PM selepas penggal Mori (antara PM yang paling tidak popular, singkat memerintah Jepun secara statik).
Pelantikan Koizumi yang merupakan dari kelompok muda LDP, meskipun lahir sebelum Perang Dunia Kedua disambut dengan banyak tentangan golongan veteran LDP dan bersikap ortodoks dalam kerajaan. Banyak pembaharuan yang dibuatnya tidak mengikut trend semasa, pemimpin veteran sebelum ini yang menguasai kerajaan Jepun. Projek penswastaan Pos Jepun antara yang menjadi sejarah panjang, sebelum ia menjadi kenyataan diluluskan Parlimen, sejurus sebelum beliau mengakhiri penggal pemerintahannya. Antara penentangnya ialah ayah aku!
Takahashi Otousan akhirnya buat pertaruhan dengan aku. Dia cakap, Koizumi tidak akan bertahan lama. Tetapi, aku cakap, Koizumi akan bertahan lama dan antara PM Jepun yang akan menyinar membuat perubahan kepada Jepun.
Go nengo (Selepas 5 tahun)....
Hari ini emel Takahashi Otousan datang.
"Omae no kachi da!" (Ini kemenangan kamu!)
Aku menang. Koizumi melepaskan jawatannya ketika dia berada di puncak. Koizumi antara PM yang lama memerintah dan menyamai rekod Nakasone. Nasib baik aku tidak bertaruh duit. Kalau tidak, aku sudah jadi kaya-raya dengan duit judi. Hahahaha!
*******
Perdana Menteri Jepun baharu; Shinzo Abe
Takahashi Otousan tidak mahu kalah. Kali ini dia mahu aku bertaruh lagi. Pengganti Koizumi yang juga protegenya; Shinzo Abe baharu sahaja dilantik sebagai PM Jepun yang baharu. Kali ini siang-siang lagi Takahashi Otousan membuat taruhan yang Shinzo Abe akan bertahan lama. Aik? Sudah terbalik. Aku belum lagi menjawab taruhannya. Dahulu, aku mengikuti senario politik dan pemimpin LDP dari dalam negara tersebut. Lima tahun telah berlalu. Aku tidak lagi mengambil tahu seperti dulu.
Apa aku mahu jawab emelnya ya? Menyahut cabaran taruhannya atau bagaimana? :p |
posted by rudy bluehikari @ 8:48 PM |
|
10 Comments: |
-
salam bro rudy..
selama nih, cekya hanya memerhati bro rudy dari jauh. segan mahu menegur tapi hari ni, bro datang bertamu di blog saya. such a wonderful surprise. harapnya datang melawat lagi.
cekya tersenyum baca debat antara bro dgn ayah angkat. comel agaknya bila tgh gaduh2, mak angkat cuba nak leraikan. koizumi. richard gere version asia...hehehehe...
-
Nguahahahh, sayang tak berjudi duluk. huhuhuhu. Just a silly joke. Anyway, japanese always hv a good PM. Huhuhu. Tanak banding ngan sape2. Namun mentaliti rakyat sesebuah negara mempengaruhi perkembangan politiknya...
-
5 tahun dah kira lama ek.. hahaha.. kalau kat Mesia ni.. tak sempat kaya jadi jutawan lah camtu hahaha
-
Aku suka Encik Mori. Sebab - dia main rugby.
-
5 thn.. lama tue..
rindu nak baca bluehikari yg dulu..
-
5 thn.. lama tue..
rindu nak baca bluehikari yg dulu..
-
kozuimi - richard gere.
mmg saspek abih kat pakcik nie.
-
pencurik gambar dah respond. tgk blog cekya.
-
tak nampak karisma PM baru jepun. aku bet tak lama.
-
she: ala jgnla segan.sy manusia biasa. richard gere asia dah pencen.
azhar: ekekek mau neraka kalu berjudilah.
lan: 5 thn tu maximum. dlm law dia tak boleh lebih 2 penggal. beza dgn mesia.
naga: encik mori lembab. tp bab rugby dia lajuuuu mcm shinkansen!
pis: seiring dgn usia tulisan berubah. aku sendiri rindu nak menulis mcm dulu tapi aku tak mampu dah mcm dulu.hilang skills.
ayob: kita tgk pengganti dia pulak.
op: kita tgk nanti mcm mana abe handle jepun.
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|