Friday, November 24, 2006 |
KEADILAN |
Kehidupan selalunya berubah selepas kita berkahwin. Keadilan dalam rumah tangga bukan setakat adil kepada isteri dan anak-anak, tetapi kepada keluarga kedua-dua belah pihak; keluarga sendiri dan keluarga mertua. Kadangkala kita tersepit dengan keadaan tersebut.
Mahu tidak mahu prejudis pasti timbul sama ada di pihak kita; isteri/suami/anak-anak ataupun di pihak keluarga kita. Inilah cerita yang dibawa sahabat baik aku. Katanya, sejak berkahwin dia serba salah kerana kesukaran untuk membahagikan masa untuk isteri/anak-anak dan keluarga tercinta.
Aku bagi jawapan paling mudah. Buat yang terbaik. Cubalah bersikap adil dengan semua. Sementara kita ada mak dan ayah di dunia ini, selagi itulah kita berbakti. Aku tidak mahu jadi anak yang tidak mengenang budi. Kerana itu, aku sayang keluarga aku dan keluarga mertua. Sekerap mungkin boleh aku nak tengok wajah mak/mak mertua dan abah/abah mertua. Kerana itu, walaupun kampung suri nun jauh di Pantai Timur, aku tetap mahu balik ke sana sekerap mungkin. Lagipun, bekerja di kota metropolitan memang stress. Lari dari kesibukan Kota Lumpur ke Pantai Timur memang mendamaikan!
Ya, Keadilan untuk mereka ini perlu ada. Kerana tanpa mereka, siapalah kita pada hari ini.
Itu baru berkahwin satu. Cuba bayangkan kalau berkahwin lebih daripada satu! |
posted by rudy bluehikari @ 12:07 AM |
|
9 Comments: |
-
"Sementara kita ada mak dan ayah di dunia ini, selagi itulah kita berbakti."
Benar sekali ungkapan itu Bluehikari. Sekali imbas...kadang terasa perit...tapi kalau kita hayatinya...manisnya berpanjangan. Kerana dunia kita...bukan sahaja di sini...kita masih terus melangkah...
-
-
errr.. baik jgn bayangkan.
hahaha!
-
sebab tu aku kata satu cukuplah
-
hoih. encik rudy ada menyimpan cita ka?
-
Assalamualaikum,
Aku terjumpa balik blog ko ni, masih aktif menulis nampaknya. Ganbatte!
-
jangan simpan angan-angan untuk buka satu lagi "cawangan" ye..hehehe
-
ye lah.mmg tabik lah kalo dpt berlaku adil, even ada 'byk cawangan'!!
-
Memang susah berlaku adil..yang pasti cuba mencapai ke arah keadilan... cuba meletakkan diri dalam 'kasut' pasangan masing-masing.
Selagi ayahbonda ada, selagi itulah kita berbakti kepadanya (poyonye aku!)
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|