Wednesday, November 29, 2006 |
MAHU SIHAT |
Alhamdulillah. Rasa tidak selesa di perut sudah kebah sedikit. Terima Kasih dan syukur kepada Allah. Rutin hidup selama setahun ini memang tidak menentu. Ada kawan bertanya sama ada aku abaikan makan. Dulu ya, aku akui. Tapi sekarang atas nasihat doktor aku perlu berubah. Terpaksa ambil makanan kerap tapi dalam jumlah yang sedikit.
Rutin aku awal pagi sebelum ke pejabat, sudah meneguk milo nipis campur susu kurang manis yang dicampur dengan oat.
Kemudian jam sembilan ambil mee atau bihun goreng atau bubur nasi dalam satu senduk. Juga segelas coklat panas tanpa gula. Tengahari biasanya ambil nasi satu cawan, sayur dan ayam/ikan. Aku sudah elak daging merah, makanan laut dan masakan bersantan (tahap kolestrol aku tinggi!). Tetapi tidaklah sampai tidak ambil langsung. Kalau teringin sangat aku ambil dalam sekeping/seekor dua. Air suam jadi kelebihan.
Malam? Selalunya aku makan antara jam 6.30 petang hingga 8 malam. Lepas tu aku banyak minum air suam. Kalau lapar sangat, aku ambil susu dan sekeping dua biskut/roti sebelum tidur. Itu rutin aku setiap hari.
Habis makanan/minuman "ruji geng sol-jah" kau tak belasah? Tanya seorang sahabat jurnal. Apa ya makanan/minuman "ruji geng sol-jah"? Teh tarik, roti canai dan nasi lemak? Oh, aku ambil juga tapi dalam kuantiti yang sedikit. Seminggu sekali sahaja!
Tetapi kelemahan aku ialah, aku jarang ambil makanan tepat pada waktunya. Bila terlewat, angin sudah masuk perut dan akhirnya menyusahkan aku dengan ubat-ubatan yang sepatutnya aku tidak perlu makan!
Sekarang aku sudah diperkenalkan dengan minuman mengenyangkan tetapi MAHAL harganya. Pernah dengar HERBALIFE? Sedap sangat! |
posted by rudy bluehikari @ 11:48 PM |
|
3 Comments: |
-
Kalau nak buat duit check this out / bonus segera http://tinyurl.com/yg72fv
-
ruji geng sol-jah = perut geng sol-jah
cuba tengok keboyotan mereka. auuuummm
-
betul ke HERBALIFE tu sedap? sedap sgt? sgt2 sedap? ish...bape rege nye yg mahal tu? pernah dengar, tapi tak pernah amik tau.
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|