Friday, December 15, 2006 |
MUSIM KELANA |
Musim untuk berkelana sudah bermula. Tiga hari ini bangun pagi disinari matahari pagi yang naik di hadapan mata. Seronok dapat bawa suri dan sicilik bermain pasir dan ombak laut. Kemudian menjelang senja melihat matahari turun juga di hadapan mata. Tidur pula pada malamnya didodoikan oleh desir ombak yang menenangkan jiwa.
Sungguh bertuah, kerana Allah menjadikan cuaca sangat baik selama tiga hari ini untuk kami nikmati alam yang cantik hasil karya Maha Pencipta. Terima Kasih Selat Melaka. Meski lautmu tidak setanding China Selatan, tetapi ia cukup mendamaikan.
Sore ini kembali berkelana semula. Laut China Selatan, nantikan kami ya. |
posted by rudy bluehikari @ 12:17 AM  |
|
7 Comments: |
-
berdoalah.. agar langit sentiasa indah.
-
-
ke laut cina selatan tu, ke mana ya? Sekarang ribut sering juga melanda. Di kala menaip komen ini sambil membaham megi juga rasa sedikit takut. Anginnya sudah agak tidak reti bahasa.
-
saya sentiasa berkelana kerna berkerja di kelana jaya.
-
selamat bercuti-cuti malaysia..
-
alhamdulillah. diberi ruang waktu untuk bersantai bersama keluarga merupakan anugerah yang tidak ternilai. hidup tidak lama. petik sekuntum masa dan hulurkan kepada mereka.
-
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|