Monday, December 04, 2006 |
CINTA |
Perkara pertama yang aku kesal ialah bila mengajak seorang sahabat untuk sama-sama menonton CINTA. Kenyang aku makan kutukan. Ya, aku akui nama filem-filem sebelum ini yang dimulakan dengan perkataan cinta, menjadikan ia satu fobia bagi khalayak yang sudah muak dihidangkan dengan kisah cinta bebal. Mesti ada yang pernah mendengar nama-nama filem yang menggunakan perkataan CINTA sebagai tajuk filem.
Terbaru satu filem yang menggabungkan perkataan "cinta dan dunia perubatan" yang sedang dalam penggambaran (aku tak mahu jelaskan nama filem berkenaan!). Aku sendiripun tidak tahu, macam mana boss aku boleh luluskan mereka buat penggambaran di tempat aku. Nasib baik aku bukan boss, kalau tidak memang aku tak luluskan! (baca: jahatnya aku!)
CINTA VERSI KABIR BHATIA
Aku terkesima menonton CINTA versi Kabir Bhatia yang amat mengesankan jiwa. 5 tiang cinta digarap penuh yakin dan cantik oleh10 pelakon utama. Dalam sepuluh orang itu, aku namakan Dato’ Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar dan Rashidi Ishak sebagai yang terbaik. Malah Shoffi Jikan, Ngasrizal Ngasri dan Adik Eryn Erynna (anak kepada Rita Rudani + Rashidi Ishak) sebagai pelakon pembantu juga amat mengesankan. Mungkin watak Pierre Andre dan Sharifah Amani boleh diperbaiki kerana agak stereotype dengan lakonan mereka dalam Gol dan Gincu/Sepet.
Aku ternanti-nanti kalau-kalau Afdzlin Shauki boleh ambil Shoffi Jikan sebagai pelakon salah satu filem akan datangnya!
KESINAMBUNGAN YANG MELEKAKAN
Jalan cerita yang tidak tersekat-sekat dengan lima cerita bergantungan antara satu sama lain! Penonton seperti aku seperti tidak sabar apa yang akan berlaku seterusnya!
PENCINTA SINEMATOGRAFI
Kalau kalian pencinta sinematografi filem, tontonlah CINTA! Seni mengambil gambar cukup dititik beratkan dalam filem ini. Hasilnya, CINTA sangat cantik. Setiap satu shoot digarap dengan segala aspek hingga menampilkan gambaran yang akrab dari jiwa! Aku terpaku melihat monorel, LRT dan komuter diambil pada masa yang sama dalam satu shoot! Homework ini bukan mudah untuk dimulakan! Setidak-tidaknya Kuala Lumpur bukanlah kota membosankan jika dilihat dari filem ini! Tahniah Madnoor Kassim!
Tontonlah CINTA! Aku seperti teringat kembali kesegaran ABANG 92 dan LAYAR LARA kembali semula mengubat rasa! |
posted by rudy bluehikari @ 11:47 PM |
|
8 Comments: |
-
Rudy, wah pandai menulis ulasan filem. Baca pula di blog saya, ya.Saya suka lakonan Nasrizal, ohh jangan lupa si budak perempuan kecil itu. Macam berbakat Dakota Fanning pula.Paling mengharukan, cinta Elyas dan Rubiah. Paling mengesankan!
-
tak tgk lagi.. ni yg buat makin berkobar2 nak g tgk nie.. sana sini blog mengulas pasal filem cinta nie..
-
belum berkesempatan menonton. Terus akan menonton selepas ini.
:)
-
Abang 92? Sudah lama tidak merasa sentuhan itu. Jika Cinta mampu menyentuh seumpama Abang 92...bermakna...ianya filem hebat. Yang ada rasa...
teringin sangat nak tengok!!!
-
pergh nampaknya komen² memberangsangkan...tapi tak berkesempatan juga nak menonton...kena bagi rangsangan lebih ni...
-
Wah...teringin nak tengok jugak tapi baby sapa nak jaga ye? Hmm...
-
jimi: aku nonton diberi percuma penggiat filem. Jadi kenalah buat ulasan :)
pisces: nontonlah, kalau tidak kau akan menyesal. hik hik.
HE & lelaki kacak: wajib pergi. cepat.
ryu hana: soh koki jaga, ko nonton dengan geng mak-mak. haha!
akma: abg kena cari dvd CINTA nanti bila dah balik malaysia.
-
2x tgk. ihihi. rasa cam nak tengok lagi je. :D
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|