Wednesday, December 20, 2006 |
PANTAI TIMUR |
Salji mencair dan ketibaan Haru (Musim Bunga) antara Mac hingga April disambut dengan tengkujuh yang kadangkala disulami dengan taufan. Hari-hari basah dengan payjng seringkali tidak lepas dari tangan. Lelaki atau perempuan. Keluar dari rumah pastinya selepas menonton siaran berita tentang ramalan cuaca (biasanya sangat tepat!). Atau jika sudah terlewat aku capai sahaja Yomiuri Shinbun akhbar harian yang aku langgan sambil membelek sama ada ramalan hujan akan turun seharian itu. Oh! Itu rutin aku ketika tengkujuh datang berselang seli dengan taifu (taufan). Itu dahulu di Fukushima.
Ironisnya, Pantai Timur hujan sepanjang hari. Maka, akupun menjadi pasif dan berkurung di rumah dalam kedinginan tengkujuh. Lupakan tentang keindahan pantai dan ombak Laut China Selatan. Kerana matahari amat kedekut untuk senyum kepada tetamu seperti kami.
Tahun ini aku tidak sempat melihat pesta "menyinsing-kain-nampak-peha-mulus" dek bah pantai Timur. Pantai Timur masih selamat berbanding negeri Tokrimau di selatan yang sudah mula ditenggelami banjir.
Duduk di rumah sepanjang haripun kantung poket hampir kosong. Aliran ringgit begitu laju sekali. Apa tidaknya, sesekali pulang ke Pantai Timur, pasti aku akan leka dengan harga barangan yang ditawarkan. Runtuh poket aku!
Erm... kain baju suri lima pasang, tudung suri ...... :) |
posted by rudy bluehikari @ 4:27 PM |
|
9 Comments: |
-
-
wahhhh bercuti panjanggg. tapi hujann.. emmmmmm
-
memang besh dapat cuti2 mesia, tapi tak beshnyer bile cuaca tak mengizinkan tok kuar. kat mesia timur pun dah mula ujan..... tak sempat nak jelajah semua daerah. uhuhuhu!!!
-
bukan selalu berbelanja sehingga 5 pasang.. stock utk setahun mungkin..
-
hujan salji di negeri org, hujan banjir kilat di negeri kita
"selamat myambut end-year-sale bg mereka yg mdpt duit biasiswa"--jgn bazir,tu duit rakyat!huhuhu
-
"menyinsing-kain-nampak-peha-mulus" nama nampak sedap dan menarik. ha ha ha
-
kamu datang terlewat dan terawal. Sebelum dan selepas kamu kedatangan kamu, tak hujan pun.
-
amboiii.. ada niat mengintai peha nak dara.. :-p
beli banyak2 tu, nak jual balik kah? ahaha.
-
kan dah cakap beshhhhh pantai timur kan dunia utk c dara, teruna, mak, bapak mengurangkan poket yg penuh berisi....so apalagi jom konvoi kb come sokmo......
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|