Tuesday, June 20, 2006 |
DUA BELAS TAHUN |
Aku dan Suri. Kami singgah di R&R Tapah. Tekak aku kelat sehinggalah aku mengambil kata putus untuk makan di KFC sahaja. Aku beratur panjang. Panas-panas begini agaknya ramai yang tidak mahu mengisi perut dengan nasi.
Ketika beratur itu aku terpandang seseorang yang aku rasa aku kenal. Dia juga melirik aku. Aku mencongak-congak. Siapa?
Selesai membayar dan mendapat hidangan yg dihajati aku duduk. Kali ini aku setentang dengan bapanya. Loghat Kelantan kedengaran jelas ketika bapanya berbual. Memang tidak salah. Kerana aku kenal bapanya. Aku masih ingat. Ketika itu dia datang mendaftar masuk ke sekolah aku (aku bertugas membantu pendaftaran pelajar baharu) dengan Bapanya. Bapanya minta tolong aku uruskan dia sambil menyerahkan berhelai-helai not kertas warna ungu kepada aku. Katanya, kalau ada lebih beri kepada anaknya semula. Ada mesyuarat kata bapanya. Perlu bergegas balik ke Kota Lumpur dengan segera. Aku terpinga-pinga. Bapa macam inipun ada juga. Aku fikir. Bulat-bulat. Kasihannya budak ini! Aku selesaikan urusan pendaftaran dia sehinggalah dia masuk ke bilik asramanya.Selepas itu baharu aku tahu, siapa bapanya. Siapa tidak kenal bapanya; bergelar Tan Sri dan salah seorang peneraju syarikat permodalan besar milik kerajaan. Patutlah sibuk semacam sahaja. Aku suka dengan sikap bapanya yang sangat merendah diri. Membahasakan dirinya Pak Cik sahaja! Sejak itu kami rapat. Hinggalah aku tamat tingkatan lima tahun 1994. Itulah kali terakhir aku jumpa dia. Ada juga menelefon sekali dua. Tetapi, kekangan pengajian aku di Fukushima dan dia di UK mengekang keakraban kami.
Aku tengok dia. Dia tengok aku. Tiba-tiba dia bangun. Dia menuju ke meja kami. Aku ikut sama bangun. Kami berjabat erat! Hampir dua belas tahun tidak berjumpa!
Dia perkenalkan isterinya dan puteranya yang sudah menginjak usia tiga tahun (dia kahwin awal). Aku perkenalkan suri. Sayang Sicilik tidak turut serta. Kami bertukar-tukar nombor telefon. Sebelum dia mengundurkan diri meneruskan perjalanan.
Ya, sekurang-kurangnya ada benarnya kata pepatah Jepun yang mak angkat aku sebut dulu; AU WA WAKARE NO HAJIME NARI! (Setiap pertemuan adalah permulaan bagi sebuah perpisahan). |
posted by rudy bluehikari @ 1:01 AM |
|
7 Comments: |
-
mula lah semua kenangan terbayang2 dikepala....
-
kalau saya teka betul sapakah tan sri tu, saya boleh dapat hadiah tak?
haha..
*bestnya dapat hadiah*
-
-
bertemu dan berpisahhhh adat manusia biasaaaaa
-
nak sambung...
hilang dimata tapi dihati tidak lupaaaaaaaaa
-
Tahniah. Blog yang menarik. Peribahasa Jepun itu dalam maksudnya, bukan sekadar bertemu dan berpisah, tetapi menggambarkan tentang penambahbaikan yang berterusan. Walau bagaimana pun, kalau ke JB singahlah ke Compact Hotel di Jalan Wong Ah Fok untuk rasa laksa Sarawak "sebiji" macam yang di Sarawak rasanya.
-
Sekadar singgah di laman. Laman ini menarik. Tapi saya lebih tertarik peribahasa Jepun itu. Maknanya dalam, bukan sekadar bertemu dan berpisah, tetapi menjangkau ke arah kualiti melalui penambahbaikan berterusan. Dan kalau hendak rasa laksa Sarawak "sebiji" macam yang terdapat di Kuching atau di Saok, datanglah ke Hotel Compact, Johor Bahru, dan menjamu selera di kafe hotel ini. Salam ...
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|