Monday, June 12, 2006 |
INGAT LIMA |
Aku dengar satu iklan di sebuah stesen radio yang dinobatkan baru-baru ini menjadi radio nombor wahid pendengar mendengarnya di Malaysia. Iklan tentang LIMA perkara yang tidak boleh dilupakan. Lima perkara yang mesti dan tidak boleh tidak, dibawa ke mana-mana sahaja, waima ke hujung dunia!
Salah seorang pelaku suara dalam iklan tersebut berkata; walau di mana mereka berada, mereka tidak akan lupakan LIMA perkara tersebut. Adalah dua tiga empat orang menyatakan akan kewajipan mereka mengingati LIMA perkara tersebut.
Lima perkara tersebut rupa-rupanya RUKUN NEGARA. Tapi, aku ini berfikir lebih jauh daripada itu. Aku fikir LIMA yang paling aku tidak boleh lupa ialah SUBUH-ZUHUR-ASAR-MAGHRIB-ISYAK! :) |
posted by rudy bluehikari @ 2:08 AM |
|
5 Comments: |
-
laa.. ingatkan lima perkara. sebelum lima perkara.
itu pun nak buat iklan?
-
tak suka derio (radio) era!
hik hik. banyak iklan.
err.. sori kalau out of topik. hehe
-
hik hik radio nombor satu nak diharap cerita pasal solat mana boleh jadi nombor satu kalau cam tu :D
-
oh! mula mula baca entry nie aku ingatkan rukun islam. tapi aku setuju ngan book
-
ada bayak perkara yang berkait dengan 5 untuk sesama kita renungkan: Rukun Islam Bucu bintang Jari di tangan kiri dan kanan buku tiga lima kaki lima lima, langkawi delima
banayk beb
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|