Wednesday, June 14, 2006 |
MONOLOG PAGI |
(tulisan ini ilham dari entri Monolog Pagi Tokrimau)
MONOLOG PAGI 1
Tarikh: Malam Dulu-dulu Posisi: Aku. Sicilik. Suri. Masa: Jam 4 pagi juga.
Sicilik: Waaa! Waaa! Waaa! (Mata pejam, suara gegak gempita sampai menggegarkan 4 blok bangunan 4 tingkat di puncak bukit dengan kaki menunjal-nunjal badan aku. Adoi!)
Suri: (tidur mati)
Aku: Dinda, bangunlah. Sicilik nak susu (Sambil cucuk-cucuk pinggul Suri)
Suri: Hurm...hurm...hurm... (sambung tidur)
Sicilik: Waaa! Waa! Waa! (Makin kuat dan menjadi-jadi suaranya)
Aku: (bangun dengan malas. 6 scoop susu. 1 scoop nestum beras). Tuang air panas campur sedikit air sejuk ke paras 6. Goncang. Goncang. Goncang. Sumbat ke mulut sicilik).
Sicilik: (Dia sudah merajuk daaa....mulut bagai dikunci, tangan menepis-nepis botol susu. Merajuk sebab lambat dapat susu)
Aku: (Angkat ke riba. Pujuk-pujuk. Akhirnya berjaya menyuap ke mulutnya).
Suri: (Nyenyak tidur)
+++++
Masa: Esoknya jam 6.30 pagi.
Suri: Ajaib ya Kanda. Sicilik tak bangun minta susu malam tadi!
Aku: Hurm...yalah!
MONOLOG PAGI 2 Tarikh: Malam Semalam Posisi: Aku. Suri. Sicilik Masa: Jam 4 pagi juga.
Sicilik: Waaa! Waaa! Waaa! (Mata pejam, suara gegak gempita sampai menggegarkan 4 blok bangunan 4 tingkat di puncak bukit dengan kaki menunjal-nunjal badan Suri!)
Aku: (tidur mati)
Suri: (bangun dengan malas. 6 scoop susu. 1 scoop nestum beras). Tuang air panas campur sedikit air sejuk ke paras 6. Goncang. Goncang. Goncang. Sumbat ke mulut sicilik).
Sicilik: (Hisap susu dengan lahap)
Aku: (Nyenyak tidur!)
Yay, berjaya juga aku trick ubah posisi tidur! |
posted by rudy bluehikari @ 9:07 PM |
|
15 Comments: |
-
kalau aku, trick tu takkan menjadi, sebab sicilik nak aku gak yg teouk, dlm keadaan ni, suri beruntung, tapi bila aku kata sicilik nak susu, aku pulak beruntung....hehehehe dia nak mak dia nyer jer....
-
Saya terdengar muzik yang sekian lama hilang :) Selamat menumpuh hari-hari gembira bersama keluarga.
-
air mata tangis tak seberapa, tapi dia punya volume mengalahkan siren. berdesing telinga.
-
hahahaha terer terer. anak aku kalo 4 pagi tu akan berjaga terus sampai kau pi keje
-
Aku tak ada si cilik.. ahahaha.. hmmm tugas selepas si cilik lahir.. sume orang berebut utk tak nak buat.. :)
-
ahaha.. sicilik tu nangis.. mmg bergegar blok atas bukit tu. ahaha.
akak tak dengar? dia dengar tu sebenarnya, tapi saja tak nak bangun. wahaha..
-
hahaha posisi ko yang paling praktikal. aku pulak. posisi aku 1: aku, suri. posisi aku 2: suri, bantal, aku.
wuuhahahahehe
-
errrrrrrrr posisi apa ni?
tak pahamlah!
*saya yg inesen*
-
ini kali pertama saya melayari blog bluehikari,
design blognya cukup profesional!!!!!!!!!
-
amaran : 18sx
uwaaa.. uwaaa.. uwaaa...
hah!! turun...
:P
-
Bini: Abang ni penyabar.
Laki: Tahu.
Bini: Anak menjerit sampai ke seberang jalan pun, abang sabar. Buat tidak ada apa-apa.
Laki: he he he* (malu)
-
18sx jugak
uwaaaaaaa uwaaaaaaaaa yelah nak amiklah :P
-
rudy: aku arkib kan entri ni. aku dah kawen nanti aku caik balik deh.
-
rudy2SEMUA KAWAN2 YG TULIS KOMEN: sesungguhnya ada kemanisan bangun awal pagi wpun peritnya telinga mendengar "muzik" yg tidak diingini. YG belum merasa nikmat berkahwin dan punya anak, ha...sudi sudikan utk mengarkib tulisan sy/tokr/basrie utk simpanan tuan2. eheh.
-
mungkin suami aku paling untung sebab anak kami hanya minum susu ibunya..
oh cuma sekali sekala bila aku outstesen maka suami aku kena panaskan stok susu dalam peti sejuk.
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|