Friday, August 11, 2006 |
SAAT-SAAT AKU BERTELEKU |
Saat-saat aku berteleku menghadapNya pun aku diganggu. Aku rasa mengah dengan nafas yang tercungap-cungap. Alahhu. Allahu. Allahu. Allahu. Tanpa putus, sambil khutbah berkumandang, aku menahan gelodak sakit di dada. Argh, nafas tidak puas.
Faham. Aku faham Tuhan berikan sakit ini tidak kira waktunya supaya aku sentiasa basah di hati menyebutNya. Aku lalai. Aku selalu alpa. Terlalu dimomok zuhud dunia. Aku selalu lupa, derita orang lain yang jauh lebih teruk daripada aku. Buat sahabat yang sama-sama menderita; Chill, Reen dan Radengaloh, marilah kita sama-sama harungi keperitan ini dengan redha. Kita rengek pada Dia. Kita minta pada Dia. Biar rasa lega sakit yang kita rasa.
Ya Rabb, berikan aku kekuatan. Kekuatan. Kekuatan. Bismillah. Allahu akbar. Alhamdulillah selesai salam Jumaat tadi aku rasa sedikit lapang. |
posted by rudy bluehikari @ 12:23 AM |
|
3 Comments: |
-
apa khabar chill sekarang?
-
semoga tabah buat rudy dan juga yg lain
-
dugaan mendatang kau harungi dengan tenang mista gagahkan dirimu
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|