Monday, July 17, 2006 |
MARAH |
Kadangkala aku alpa. Perkara kecil dan remeh dijadikan sebab untuk marah. Sedangkan perkara sebegitu tidak perlu untuk kau siram petrol hingga marak menyala api kemarahan.
Tiga hari itu aku duduk diam.
Ego tak bertempat dek kerana kita jauh lebih lama makan garam daripada orang lain adalah perkara yang bodoh! Pagi ini, aku meminta maaf kepadanya. Maaf berkali-kali. Kosong-kosong kataku. Angguknya menerima melegakan aku.
Kemudian dia membuka mulut; kenapa aku meminta maaf kepada dia yang jauh lebih muda. Aku jawab, itulah aku. Tak malu meminta maaf andai benar kesalahan itu datangnya daripada aku.
Senyum.
Bukankah indah kalau hidup ini tiada persengketaan? Tak begitu bangsa Israel? |
posted by rudy bluehikari @ 2:18 AM |
|
6 Comments: |
-
Masalah bangsa Israel memang dari zaman dahulu lagi sebelum junjungan kita lahir lagi telah lama berdegil. Cuba bayangkan berapa ramai nabi dan rasul diturunkan untuk bangsanya. Tetapi masih tidak berubah. Kita adalah siapa?
-
Rudy, Aku minta maaf (kalau aku ada buat salah kat kau)!
-
-
mari, kita berdoa bersama sama
-
Dalam pentas lakonan, ada watak baik, ada watak crook....biasa lah...
-
Ada syurga ada neraka. :)
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|