Wednesday, July 05, 2006 |
MANJA! |
Sekarang musim pelajar baharu masuk Universiti. Berbondong-bondong dengan keluarga dan jumlah kereta. Ada satu IPT jumlah pelajar baharunya hampir enam ribu. Kereta yang menghantar dua biji seorang, paling kurang. Datuk, Nenek, Pakcik, Makcik pun ada sama. Meraikan cucu/anak saudara kata mereka.
Urusan pendaftaran sistematik. Semua dokumen boleh diserahkan semasa pendaftaran yang dibuat secara terancang. Laporan perubatan, pakej, borang akademik semua boleh hantar semasa pendaftaran di kolej-kolej kediaman.
Itupun, ada merungut-rungut. Panas. Lambat. Susah. Berat. Sejuta alasan. Alahai manjanya!
Aku dulu? Dari turun kaki memijak Negara Shinto, aku buat sendiri. Bayangkan bahasa Jepun setakat KA KI KU KE KO, dari Tokyo super sempai (super senior) yang membantu naik shinkansen (keretapi peluru) melepaskan kami sendirian ke universiti masing-masing. Mereka kata; jangan tertidur. Satu jam setengah dari sekarang itulah stesen tempat turun kamu!
Aku tongkatkan kelopak mata. Takut sekali. Kalau terlepas stesen dengan tahap bacaan tulisan Kanji yang minimum, payah aku nak bertanya orang nanti. Sampai di stesen Bandar Fukushima, nasib baik ada super sempai Universiti (super senior) sudah tunggu. Lega! Kalau tidak susah pula nak naik teksi.
Pendaftaran di daigaku (universiti) sangat sukar. Kena pergi dari satu jabatan ke satu jabatan. Tiada dipusatkan seperti di IPT ini. Taklimat fakulti pun tiada. Aku hanya dapat buku panduan dari Fakulti. Pandai-pandai sendiri mahu daftar itu ini dan mahu ambil subjek apa. Aku cari senior Jepun, aku tanya dia. Aku masih ingat nama dia TANAKA. Aku rasa aku banyak guna bahasa ayam itik (lebih banyak bahasa badan dari bahasa Jepun). Almaklum bahasa yang aku belajar bahasa buku. Bukan bahasa pertuturan.
Tapi, aku tak merungut. Sebab aku tahu, jiwa aku mesti besar. Mesti berdikari di tanah orang. Aku tiada mak ayah di sana. Aku hanya ada kawan-kawan. Dengan kawan-kawan mata sepet itu aku hidup.
Alhamdulillah, lepas empat tahun aku bawa balik skrol ijazah undang-undang! Masa aku terima skrol tu aku cakap kat diri aku sendiri; HAH! BOLEHPUN! |
posted by rudy bluehikari @ 1:43 AM |
|
12 Comments: |
-
teringat masa pertama kali sampai ke UTM... datang seorang diri... duit sendiri.. segala-galanya sendiri...
-
errr... aku ke yg manja tu?
haha...
-
-
hummph.tu lah dia budak2 zaman skang.
survivor instict tak kuat sbb semua dah ada dpn mata.
-
teringat 3thn lps..rs mcm smalam je..mak aku datang hantar.bukan kerana aku takleh hantar diri sendiri..tapi perasaan syukur seorg ibu itu patut dihargai
lagi 2thn lagi aku naik pentas. dan aku nak sekali lagi,mak aku datang =)
selagi mak masih hidup....dan mampu byr duit minyak..
-
ya budak zaman sekarang memang manja
-
Kawan-kawan: Aku tak persoalkan mak/ayah yg datang menghantar anak-anak ke u (bagi aku, itupun satu doa dan restu drpd mak ayah). Tetapi, yg aku persoalkan ttg segala kemudahan berpusat semasa mendaftar yg disediakan oleh pihak U pun menjadi rungutan pelajar.
-
-
wah..lama betul saya tak dtg sini. kali terakhir menjenguk blog bluehikari beberapa tahun lepas.. masa tu bila bukak blog ada lagu yg best tuh. hihi. igtkan dah tutup blog.. rupanya masih ada. ;>
-
Lorrr, tatau lak abang rudy ade ijazah dalam bidang undang-undang. Awat tak jadi lawyer?
-
Memang abg rudy tak sentuh pasal parents....cuma saya teringat memori masa orientasi adalah masa saya dengan mak saya je...
tak teringat pada panas,lembab dan sbgainya...dah nama pun duduk malaysia,mestilaa panas.
cuma masa tu terasa besaaaarnya ipt saya sambil mencari mana pulak dorang letak sawah padi..!hahaha!
p/s: pernah kena herdik dgn mak ayah atuk nenek junior time jadi fasci sbb anak depa dapat bilik tingkat atas.huhu
-
HUHUHU nasib baik aku dulu tak mengeluh. suka masuk u. hahahah
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|