Monday, July 10, 2006 |
CERITA DINIHARI |
Di tengah-tengah tanah lapang itu aku berdiri. Meluruskan kaki dan tangan. Menghadap kiblat. Kaki aku telanjang. Kulit kaki rasa dingin pabila bersentuhan dengan embun rumput dinihari dua pagi. 5 sahabat membantu sama.
Dan selepas takbir bergema, dari kepala bagai tersedut tajam-tajam jarum, laju menelurusi urat saraf dan pembuluh darah menuju dada, perut dan tapak kaki telanjang. Serentak dengan hentakan kaki sahabat berlima, bagai tertusuk kulit kaki telanjang aku dengan tajam-tajam jarum yang keluar dari badan terperosok jauh ke dalam tanah. Perit. Sakit.
Mata-mata memandang. Bahu ini yang memikul sendirian. Akhir rawatan, "ia" dibunuh. Aku sendiri dari mata halus yang Dia bukakan sebentar, melihat darah merah membuak-buak dari sembelihan "tangan pisau" yang membunuh "ia". Sungguh! Aku masih merasai ketajaman "tangan pisau" itu menyentuh kulit leherku. Segera aku terimbas kisah Ismail Alaihissalam. Oh! Mengerikan.
Pertempuran masih panjang. Masih bersisa "ia-ia" di dalam tubuhku. Sabar kata sahabat. Kita selesaikan satu persatu. Aku angguk.
Tidak. Aku tidak bermimpi. Ia realiti dinihari itu. |
posted by rudy bluehikari @ 12:14 AM |
|
11 Comments: |
-
aku kurang faham, tapi apa pun adanya, semoga cepat sembuh...!
-
Dari apa yang diceritakan. Dapat kufahami serba sedikit penyakit Incik Rudy? Penyakit lama dari Fukushima belum terubat?
-
-
dunia sedang menanti, esok dan masa depan sedang menunggu. bangkit nanti, biarlah dengan senyuman.
semoga cepat sembuh
-
-
harap "ia-ia" keluar dari perumah ini. amin.
-
Semoga Rudy tabah ya.Tak semua orang boleh kuat macam Rudy tau..Ada yg tak tahan and jadi diri yang lain.. I am proud of u coz u still survive...even there's another part of you which suffer much!
-
Bertandang lagi ke mari. Bertanya khabar. Dan seperti selalu...terkedu. Berat mata memandang...berat lagi bahu memikul. Atas ketabahan dan perit cahaya biru...didoakan bahagia satu hari nanti. AKMA masih berlari di bumi asing. Selamat sampai di bumi Tulip Jumaat lepas. Insya allah akan terus berada di sini sehingga Mac 2007. Salam dan doa dari AKMA buat cahaya biru. Relalah agar tenang dan tabah AKMA dipinjam ke sana....kerana AKMA tahu...cahaya biru lebih memerlukan. Tuhan...sampaikan tenang ini...
AKMA
-
semoga tabah dan sabar melalui keperitan itu.. doa ku moga cepat sembuh.
-
insya Allah, moga segalanya dipermudahkan dan kepayahan yang dilalui akan berakhir.
-
Hi Rudy... Semoga cepat sembuh... kenapa lama tak bertukar berita? Teringin nak berjumpa dengan anak dan isteri anda.. Salam mesra dari Kota Bahru, United Kingdom Mahadi, Noorul, Fatin dan Danish
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|