Thursday, October 12, 2006 |
KAK ANOI DI CANBERRA |
Aku masih ingat ketika ke Australia (Sydney-Canberra-Melbourne) atas tuntutan tugas pada tahun 2005, aku dah rasa naik loya dihidangkan dengan masakan India sepanjang 10 hari bertugas di sana. Tekak sudah tidak boleh menerima masakan kari hampir sepanjang hari.
Tetapi kami bernasib baik kerana di semua tempat tersebut dapat juga melepas kerinduan dengan masakan Malaysia meskipun hanya sekali. Di Sydney ada sebuah restoran dinamakan Malaysia On Pitt. Aku lupa dimana, tapi memang berada di tengah-tengah bandaraya Sydney. Kemudian di Bandar Cowboy Pentadbiran Australia; Canberra kami singgah merasa sambal tumis ikan bilis Kak Anoi di Fyshwick. Itupun kami bernasib baik kerana Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang mengesyorkan restoran tersebut kepada kami yang sudah beberapa hari kehilangan mood makan. Di Melbourne kami tidak menghadapi masalah kerana restoran rakyat Melayu Singapura yang berhijrah ke sana banyak dan itulah selepas 10 hari, kami dapat menjamah nasi lemak ayam goreng berempah!
Antara ketiga-tiga restoran ini, Restoran Kak Anoi di Fyshwick, Canberra menjadi sebutan rombongan kami. Keramahannya memang buat kami terpesona. Sempat juga beliau bercerita tentang kehidupannya di Australia sejak berhijrah hampir 20 tahun ke sana. Kak Anoi sempat bekalkan kami sambal tumis ikan bilisnya untuk kami berselera makan selama beberapa hari lagi bekerja di Melbourne kelak.
Kebaikan Kak Anoi mengingatkan aku kepada Cikgu Mansur dan Kak Yati sekeluarga di Nihonmatsu-shi, Fukushima. Keluarga beliaulah yang banyak melepaskan kerinduan kami kepada keluarga tercinta dan masakan Melayu di Malaysia. Selama 4 tahun di sana, merekalah tempat pelajar-pelajar Malaysia melepaskan rindu dan berkongsi cerita selama hidup di perantauan. Oh! Aku masih tidak dapat bayangkan betapa syahdunya berhari raya di Fukushima selama 4 tahun mengaji di sana! Cukuplah 4 tahun! Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri! Lagi cerita tentang Kak Anoi di Berita Harian. |
posted by rudy bluehikari @ 5:33 PM |
|
3 Comments: |
-
kawan aku kata. canberra fotostat putrajaya [atau sebalik nya?].
-
assalamualaikum
Apa khabar? May i know the picture with tag "hida"..she is lecturer right? Coz muka dia and her name same with my lecturer before.
-
chot: u r most welcome.
book: yup, aku setuju. canberra bandar pentadbiran sama mcm putrajaya. tapi, tataulah sama fotostat sapa.
bro_shy: aku tak boleh bukak fotopages tu. salah add? Cuma aku nak bagitau; jodoh tu semua DIA yang tetapkan. Mcm apa yg berlaku pada aku dan suri. masing2 bertemu selepas masing2 gagal dalam hbgn dengan psgn sblm ini, esp suri-putus tunang. so tabahkan hati. Ada hikmah di sebalik apa yg terjadi. Cheer up my fren!
srilavender: Plz email me; rudy[at]bluehikari.com for a detail. i dun know, wether ur hida or my hida is the same person.
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|