Wednesday, October 04, 2006 |
PERIH LAGI |
Beberapa hari ini. Sakit berulang. Tanpa henti. Kadang-kadang pagi. Petang. Atau berturutan tanpa henti semalaman. Badan sebelah kiri; dari kepala ke kaki jadi sangat lemah, kebas dan rasa sakit. Badan bagai belon. Angin sana sini. Sendawa tak pernah henti. Bagai ada lubang menembusi dada berhampiran jantung ke belakang badan. Perih. Sakitnya hanya Tuhan yang maha tahu.
Semalam sejurus sebelum berbuka aku sudah kena penangan. Rasa mahu tumbang. Tapi cekalkan hati. DIAlah yang berkuasa atas sesuatu. Alhamdulillah, sempat menyudahkan terawih dalam lirih perih dada dan kepala. Balik terawih sepatutnya hadir mesyuarat, tetapi kekuatan fizikal bagaikan tiada. Jam 10 aku sudah terlentang di ranjang pembaringan. Menekup dada yang tidak tahu dimana punca sakitnya. Kepala bagai diserkup sesuatu. Berat. Mencucuk-cucuk sakitnya. Bersilih ganti antara dada dan kepala.
Aku tidak tahu sampai bila harus aku jadi begini. Tidak sesekali untuk mempersoalkan kenapa dan bagaimana. Segala-galanya DIA yang menentukan. Bersangka baik. Selebihnya usaha dan ikhtiar untuk rawatan. Penyembuhan hanya DIA yang berhak lakukan.
Moga-moga kesakitan ini jadi satu kafarah. Aku banyak dosa. Aku perlu minimumkan dosa. Mahmudah yang utama. Mazmumah aku mahu kikis sebaiknya. Biarlah sakit di dunia dan aku tenang untuk selama-lamanya di akhirat sana.
Moga-moga Allah dengar rintihan aku memohon magisNYA. |
posted by rudy bluehikari @ 8:05 PM |
|
4 Comments: |
-
Aminnn, memang itu yang kita kejarkan dalam hidup ini... Kafarah di dunia, supaya kekal bahagia di akhirat...
-
semua nya kita kembali kan kepada Tuhan pencipta alam
-
dekatkan diri dgn yang Esa...semoga kita akan lebih tenang dan tabah dalam menghadapi ujian darinya...
-
semua: doakanlah. jazakallah.
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|