Wednesday, January 03, 2007 |
KOPITIAM BANGI |
 gambar ehsan http://wordpress.com/tag/aku/feed/
Aku ke Kopitiam Bangi milik Kid Search dan rakan-rakan kongsinya. Warna hijau dan hitam menjadi latar kedainya yang aku rasa kondusif. Ketenangan dapat dirasakan. Susun atur perabut hinggalah pinggan cawan yang digunakan ada nilai sentimental. Aku suka satu gambar besar di dinding kedainya.
Dalam gambar itu terdapat sekumpulan lelaki dan wanita bangsa Melayu, Cina dan India sedang minum kopi di sebuah kedai kopi. Aku lupa tulisan dalam bahasa Inggeris itu (the lost heritage.... warisan yang hilang). Ia menggambarkan situasi dimana sudah jarang kita lihat tiga bangsa ini duduk semeja santai minum kopi seperti dahulu. Aku cukup tersentuh!
Makanan dan minumannya sedap. Tapi satu sahaja yang aku tidak berkenan. Penyakit ini memang menjangkit di semua restoran Melayu. Servis! Servis di Kopitiam Bangi ini lembab. Pelanggan masuk, boleh pula pelayan macam buat tak nampak. Dua kali aku ke situ, dua kali aku memanggil pelayan untuk buat pesanan makanan! Kemudian aku terpaksa menunggu lama walaupun untuk menunggu secawan kopi!
Aku harap Kid nampak kekurangan ini. Mungkin orang akan kata, kedia ini baharu sahaja dibuka. Tapi, cuba bandingkan dengan kedai mamak. Baru atau lama dibuka, servisnya tetap mantap!
* Kopitiam Bangi terletak di Seksyen 9. Berdekatan dengan Pusat Rawatan Islam Azzahrah dan Pusat Rawatan Islam Annur. |
posted by rudy bluehikari @ 12:10 AM  |
|
14 Comments: |
-
aah, mmg btul,kedai mamak, blom sempat ltk bontot btul2 dia dh mai tye order
-
kalau aku & koki, buleh tunggu selama 5 minit je. Lebih dari tu, kalau pelayan tak sampai-sampai lagi, kami akan angkat punggung.
sedih betul dengan servis yang semacam ini
-
masalah nie yg tak bleh pisah ngan bangsa kita, walau dalam ape jua bidang... mamak w/pun ok tp masakannyer tak lalu kat tekak.
-
semlm baru pi pesan makan kat satu kedai mamak di tmn cempaka ampang. ambik pesanan memang cepat, tapi sebab pesan nasi goreng pattaya, setengah jam jugak baru nak dapat...hmm...
-
dah 3 kali g kopitiam bangi tu... memang servis lembap...duk dpn2 kaunter pun diorg bleh wat tak nampak..saje malas nak panggil...nak tgk sejauh mana kecekapan diorg...last2 hampeh!
1st g sana : servis lembap...then duit balik tak pulang...walaupun rm1.20 je...tunggu kat 10minit, mamat tu slamber je...tp malas nak mintak, kira halal je le...tips...hehehe...
2nd g sana : makan roti bakar 5 set (rm1.80 x 5), kopi 3 cawan, milo ais 1 gelas n barli 1 cawan... jumlah semua rm10.10...
aku: eh, murah giler? betul ke nie kak... waiter: betul le bang..nape mahal sgt ke?
bayor je ler...bila kira2 balik, diorg silap kira nie...kira halal le yek...silap korang...heeeee
kali ke3 : servis still lembap...yg kelakor nyer, dah antar roti bakar kat meja kitaorg..member dah siap pegang roti tu baru nak masuk mulut, waiter tu cepat2 sambar...salah meja katanya...lerrrrr pulakkkkk...sabor je ler...tunggu kat 10 minit br dpt roti bakar
-
i was looking forward to check out what it's like at kopitiam bangi. having passed the cafe after so many times, i got the chance to go there yesterday.
the place looks great. but i was VERY dissapointed!
the service was very bad. let me list them all down: 1) unfriendly staff 2) the waiter who took our order didn't even look at us - mcm nak lari pegi mana je! 3) they served toasts with fungus! - no apologies, no nothing! we got another set of toasts, but that was it! 4) ordered black coffee, but they sent white coffee instead. again, no apologies. i even had to bring the coffee to the counter myself!
i really wish that I could inform the manager of the place so that they can improve their service. if anyone of you know of their contact details, pls let me know ('ve surfing the web for their website, but couldnt find any)
-
yg herannya tu kan kenapa erk ramai sangat org makan kat situh? selalunya kalau dah serbis lembap memang jawabnya 'de first & de last'......
yang nyampah tu acapkali tanya' dah order ke? Kan elok kalau pertanyaan yang banyak kali diganti dengan "makanan dah sampai'
-
Jemput ke KOPITIAM kami disection 3 tambahan. bUKAN franchias dan milik 100% bumi, owned by Ezzah Aziz Fawzy.servingChinese food...Cubalah..and we try our very best to make you happy. NAMA kedai KAWAN KOPITIAM. Jumpa sana.
-
i irra dari kajang, utk pengatahuan bluehikari, kid hanya ada 5% dlm this bangi kopitiam, n he was a sleeping partner... yg uruskan adalah cina. i was 1 of the share dlm bangi kopitiam, dan big picture yg u nampak tu, lelaki yg berdiri sambil pegang duit tu adalah ayah mertua i,n now i dah serik dgn semua cina2 ni, n i buat my own kopitiam. area jln reko.
-
Ramai yang ingat bangi kopitiam milik melayu. Actually it belongs to chinese. Check if they have halal logo endorsed by JAKIM and NOT South East Asia Halal cert which is questionable. Masaalah orang melayu sekarang main makan aje tak kira yang haram atau syubhah.
-
Nampaknya banyak komen negatif. Baru-baru ini I cuba Chicken Chop Rice dari Bangi Kopitiam. Yang teruknya, ayam yang diberi itu, tak fresh dan keras. Setahu saya, restoran yang 'klas' begini tidak boleh menjamu makan 'overnight'. Rasa ingin nak komplain tapi takut. No more second time for me.
-
http://lumerkoz.edu perfect design thanks http://www.lovespeaks.org/profiles/blogs/buy-famciclovir coolers mold http://soundcloud.com/aldactone symp http://soundcloud.com/zetia courteous http://soundcloud.com/aricept crowderci phonesthe http://barborazychova.com/members/Buy-Levaquin.aspx detras
-
saya mkn kat bangi kopitiam ttdi shah alam...mula2 aik sy kata melayu punya...tp bila serve2 tu 3 chinese lady dok sibuk2..mcm bos la... balik tu mmg terkeluar balik semua mi kari yg saya makan...
-
" Francise" boleh dimiliki bangsa apa saje asalkan HALAL dijamin.Including KFC/McD/Pizza Hut yang famous tu pun bos cina, melayu, india pun boleh...Nampaknya Malaysia bukan ONE MALAYSIA but ONE MALAY..I hope Malaysia will rest in peace with orang racist macam you ni...
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|