Sunday, November 05, 2006 |
JAM DUA PAGI |
Ini ada satu situasi. Katakanlah isteri kau tiada di sisi. Jauh berkelana kerja luar daerah. Kau seorang suami melangut bujang sementara di rumah. Anak pula di kampung diulit kasih nenda.
Malam itu malam Jumaat. Kau terjaga terpisat-pisat jam dua pagi dek tak selesa terlupa menanggalkan kanta sentuh. Lalu kau buka kanta sentuh dan mapan untuk tidur semula. Tapi, sebaliknya mata tidak juga mahu pejam. Terkebil-kebil. Kepala menerawang fikir yang bukan-bukan. Apa kau akan buat? |
posted by rudy bluehikari @ 7:39 PM |
|
3 Comments: |
-
Bagi aku, kalau suami tiada di sisi pasti akan ada anak menemani. Kalau anak sudah tertidur, kucapai bahan bacaan dan sudah pastinya aku akan tertidur sebelum masuk ke halaman kedua. Hahahahah
-
wow...pukul dua pg masih jika m'bujang tp bila tiba jdk 'membujang' utk sekejap tu biasanye buat lerr panggilan kepada si suri yg jauh nun di rantau org hehehe agar dia tau yg si bujangan nye x lena tanpa si suri di sisi ehehehehe......
-
ehmmm.. kita hampir serupa... cuma isteri di kg bersama anak yg diulit nenda...
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|