Monday, November 06, 2006 |
"SENTUH DAN PERGI" |
Kamu duduk bersebelahan pemandu. Jauh ke utara berjalan pastinya lebuhraya jadi pilihan. Kononnya untuk memudahkan supaya tidak berbaris panjang di plaza tol. Kad "sentuh dan pergi" digunakan.
Tapi apakan daya, pemandunya orang yang pertama kali menggunakan kad "sentuh dan pergi". Tersilap kira, sungguh jauh benar kereta berhenti dari tempat kad perlu disentuh. Pemandu membuka tali pinggang keledar, tangan masih tak sampai. Otak berfikir ligat, segera plan kedua diguna pakai. Pemandu buka pintu. Alamak, kerusi terlalu ke hadapan, lantas membataskan pergerakan pemandu untuk keluar dek terkepit stereng pemanduan.
Akhirnya? Akhirnya kereta di belakang sudah berbaris panjang (Nasib baik, kenderaan panjang di belakang tidak bunyikan hon). Sedang sang pemandu masih terkial-kial menghulurkan tangan. Kamu yang termangu-mangu di tempat duduk sebelah pemandu segera mengambil tindakan refleks. Ambil kad "sentuh dan pergi" dari tangan pemandu dan segera membuka pintu. Berlarilah kamu ke panel sentuh dan "pit pit" bunyi palang automatik terbuka. Kamu balik semula ke tempat duduk sebelah pemandu dengan muncung dua kilometer, dek diperhatikan mata-mata dari barisan panjang kenderaan di belakang kamu.
Arghhhh! Malunyaaaaa..... :p |
posted by rudy bluehikari @ 8:59 PM |
|
9 Comments: |
-
-
-
rudy, sedang leka menhabiskan entry2 'jangan ada dendam'. melawat blog personal ini, mencuit hati untuk membaca lagi. salam lebaran 2006.
-
guna saja smart tag, tak payah bukak tingkap pun.
-
-
sekarang tulisan en. rudy dah lawak2. semoga hati terus riang gembira :)
-
sama macam angah..gunakanlah smart tag. Tak perlu buka tingkap pun, "pandu dan lalu" sahaja.
-
Rudy..tu kire ok lagi. Abang saya masuk lorong smart tag then guna kad 'tounch n go' lagi la haru.Boleh bebel lagi palang tol tak mo naik2. Mujur anak buah sempat menegur dalam proses penjaga tol nak datang membantu.Cepat2 reverse kereta nak cover malu..dan mujurla hari cuti, tak de kereta kat belakang...kalau tak double triple malu laa.
-
karang smart tag terlaju langgar palang plak..
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|