Thursday, January 18, 2007
HIJRAH
.
Alhamdulillah. Rezeki murah. Aku berpindah ke rumah sendiri di http://www.bluehikari.com/nikki

Mengapa "nikki"?

Dalam bahasa Jepun, "nikki" bermaksud blog atau diari.

posted by rudy bluehikari @ 8:03 AM   3 comments
Tuesday, January 16, 2007
TOLONG BERSEBAB
Kantung es-em-esku ditebak lagi.

"Assalamualaikum Rudy, Atok M ni! Ko jaga bahagian apa? Tak ada ke kerja-kerja mencuci bangunan dan kawasan? Atok M ada lesen Kementerian Kewangan. Tolong le. Orang lain dah kaya ada saudara tolong. Saudara kita mana ada yang boleh diharap! Ko le yang ada power sikit. Tolong usahakan. Tq."

Aku senyum-senyum.

Oh, dahulu masa keluarga aku susah. Masa aku dan adik-beradik minta belas untuk biaya sekolah, tiada siapa yang mahu tolong. Mak sanggup bersengkang mata setiap malam membuat kuih-muih dan nasi lemak untuk menampung belanja sekolah kami. Seawal jam 6.30 pagi aku sudah berkayuh basikal hantar kuih-muih dan nasi lemak itu ke kedai makan di simpang jalan kampung.

Lagi. Ketika aku mahu sambung belajar ke Jepun. Tiada seorangpun saudara mara aku mahu jadi penjamin. Aku melutut mohon belas termasuk kepada engkau sendiri; Atuk M. Semuanya takut aku tidak mampu bayar semula wang biasiswa, sedangkan biasiswa aku itu tidak perlu dibayar balik. Tapi, tiada siapa percaya. Dan akhirnya, seorang guru yang tiada pertalian darah denganku itulah yang menjadi penjamin aku. (Aku kenang budimu Cikgu Zainal sampai mati!)

Setelah aku berjaya. Setelah adik-adik semua berjaya dalam hidup, mengapa kau mula terhegeh-hegeh meminta bantuan aku yang tak pernah kau hiraukan suatu waktu dulu. Apakah kerana kami tak punya apa-apa dan kuasa pada masa itu?

Sungguh. Sungguh dunia sudah terbalik!
posted by rudy bluehikari @ 10:58 PM   18 comments
Monday, January 15, 2007
TRAUMA MANGSA
Menjadi mangsa keadaan memang menyakitkan. Tetapi, orang yang menjadi penyebabnya pula mudah pula melakukannya atas alasan gurauan. Gurauan ada tempatnya. Betapa traumanya melalui saat-saat itu untuk kali kedua. Kalian masih ingat? Sekitar 2001, pabila aku menjadi mangsa stalker dahulu. Sampai ke pihak Bukit Aman aku ambil tindakan. Cukuplah sekali itu. Tidak untuk kedua kali. Ia memeritkan!
posted by rudy bluehikari @ 3:52 PM   1 comments
Sunday, January 14, 2007
0173378*7*
Pernah mendengar perkataan STALKER? Ya, aku sudah jadi mangsanya. Seminggu ini aku tidak tahu siapa yang menghantar es-em-es kepada aku. Berulang-ulang kali. Isinya mengganggu. Bila ditanya siapa, jawapannya cukup buat aku geram semula. Biarkan sahaja? Atau buat laporan Polis? Atau laporkan kepada maxis? Atau kalian mahu mengenakannya semula? Ini nombornya -

0173378*7*
posted by rudy bluehikari @ 4:25 PM   6 comments
Monday, January 08, 2007
GASTRIK
Betapa sinonimnya stress dengan gastrik. Dulu aku tidak begitu. Tetapi, tahun berganti tahun, sakit yang aku hadapi memang memberikan tekanan. Tekanan itulah yang menumbuhkan luka dalaman.

Aku kena redha. Sakit yang aku hadapi ini walaupun menganggu kehidupan sehari-hari, tapi aku harus juga melaluinya. Apa ubat stress?

Baca Alquran. Entah apa magisnya, Tuhan berikan Alfurqan sebegitu membantu.

Siapa ambil Alquran kuning aku? Pulangkan!
posted by rudy bluehikari @ 4:31 PM   7 comments
Thursday, January 04, 2007
SAAT MENJADI SERIGALA
Kantung es-em-es aku ditebak.

"Dua tiga hari ini langit malam terang benderang. Bumi bercahaya disimbah bias sang bulan. Bulan tengah penuh rupanya. Kau ok?"

Aku angguk baik sahaja.

Malas mahu mengatakan tidak. Ya, realitinya waktu inilah saat paling sukar. Keperitan. Kesakitan. Bercampur-baur. Segeralah bulan penuh menghilang. Aku tidak mahu sinaganaga memanggil aku "serigala jadian".

Arghh!
posted by rudy bluehikari @ 12:04 AM   4 comments
Wednesday, January 03, 2007
KOPITIAM BANGI


gambar ehsan http://wordpress.com/tag/aku/feed/

Aku ke Kopitiam Bangi milik Kid Search dan rakan-rakan kongsinya. Warna hijau dan hitam menjadi latar kedainya yang aku rasa kondusif. Ketenangan dapat dirasakan. Susun atur perabut hinggalah pinggan cawan yang digunakan ada nilai sentimental. Aku suka satu gambar besar di dinding kedainya.

Dalam gambar itu terdapat sekumpulan lelaki dan wanita bangsa Melayu, Cina dan India sedang minum kopi di sebuah kedai kopi. Aku lupa tulisan dalam bahasa Inggeris itu (the lost heritage.... warisan yang hilang). Ia menggambarkan situasi dimana sudah jarang kita lihat tiga bangsa ini duduk semeja santai minum kopi seperti dahulu. Aku cukup tersentuh!

Makanan dan minumannya sedap. Tapi satu sahaja yang aku tidak berkenan. Penyakit ini memang menjangkit di semua restoran Melayu. Servis! Servis di Kopitiam Bangi ini lembab. Pelanggan masuk, boleh pula pelayan macam buat tak nampak. Dua kali aku ke situ, dua kali aku memanggil pelayan untuk buat pesanan makanan! Kemudian aku terpaksa menunggu lama walaupun untuk menunggu secawan kopi!

Aku harap Kid nampak kekurangan ini. Mungkin orang akan kata, kedia ini baharu sahaja dibuka. Tapi, cuba bandingkan dengan kedai mamak. Baru atau lama dibuka, servisnya tetap mantap!

* Kopitiam Bangi terletak di Seksyen 9. Berdekatan dengan Pusat Rawatan Islam Azzahrah dan Pusat Rawatan Islam Annur.
posted by rudy bluehikari @ 12:10 AM   14 comments
Monday, January 01, 2007
BERUSAHALAH




"Jangan berhenti berusaha. Kalaupun kita tahu jawapannya negatif. Percayalah, Allah amat adil dengan kita. Sakit kita ini ada hikmahnya. Kita mohon kepada DIA, moga-moga hidup kita lebih bahagia di SANA.", Aku. Kepada Pet. Pada suatu petang yang damai.
posted by rudy bluehikari @ 8:30 PM   0 comments

RUDY BLUEHIKARI
dari Banting ke Fukushima
Winner of Geng Jurnal Best Weblog Award 2001
Terkini
Arkib 2006
Arkib

 

Links
Karya


    Buku kompilasi entri 20 penulis blog terbitan MINE. Hubungi saya di vicenata2000 [at] yahoo [dot] com untuk mendapatkan buku ini.


    Novel bersama kedua saya hasil tangan Sri Diah, MBA, Rudy Bluehikari dan Ibnuariff sudah berada di pasaran sekarang. Terbitan Alaf 21.


    Novel Bersama sulung saya hasil tangan 23 penulis terbitan esastera.com.


    Buku kompilasi entri penulis blog terbitan MINE. Hubungi saya di rudy [at] bluehikari [dot] com untuk mendapatkan buku ini.

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER