Monday, April 17, 2006
BELON TERBANG
BLUEHIKARI, Syukurlah. Dalam kalut hidup. Aku di barat. Suri di utara. Sicilik di timur. Ada perkhidmatan Belon-Terbang-Tambang-Murah untuk aku menyempatkan diri melayan sicilik yang merengek demam tumbuh gigi.

Mendengar suaranya di corong telefon, sungguh meruntun kalbu.

Kota Bharu! Aku datang!

(Di LCCT KLIA menunggu boarding)
posted by rudy bluehikari @ 8:57 PM   0 comments
Thursday, April 06, 2006
KASIH SAYANG
Nilai kasih sayang sudah tidak bermakna lagi kalau ianya disertakan dengan nilai materialistik. Ya, aku sayang dia. Kerana kasih dan sayang itulah aku sanggup berhabis untuk dia. Dia nak itu, aku belikan. Dia nak ini aku adakan. Waima, segenap kudrat yang ada, kalau dia mahukan sesuatu aku cuba berikan. Manusia, kalau sudah biasa dimanjakan akan ada satu masa dia akan menggunakan sepenuhnya perhatian yang diberikan untuk kepentingan peribadi.

Aku sedih. Lewat sms yang aku terima beberapa hari lepas. Katanya, “along tak usah sms saya lagi”. Katanya, kekasih hatinya marah jika dia menerima sms daripada aku. Kekasihnya cemburu melihat keakraban aku dengan dia. Salahkah? Kalau seorang abang memberikan apa yang termampu untuk seorang adik yang disayanginya?

Buntu? Jangan jadi bodoh!

[Ya, aku sudah mula sadis sekarang. Aku biarkan dia dengan dunianya. Buang masa kalau aku layan perasaan bodoh macam ini. Buat apa aku nak kecewa sedang dia bahagia? Come on Rudy! Jangan jadi bodoh dan bahalol. Aku sudah hentikan operasi sms dan telefon. Berjumpa lagilah aku elak. Ya, aku mahu pastikan tiada lagi kemudahan untuk dia. Biar dia rasa susah. Apa susah? Kekasih hati anak orang kaya. Mintalah apa saja daripada dia.]
posted by rudy bluehikari @ 2:52 AM   0 comments

RUDY BLUEHIKARI
dari Banting ke Fukushima
Winner of Geng Jurnal Best Weblog Award 2001
Terkini
Arkib 2006
Arkib

 

Links
Karya


    Buku kompilasi entri 20 penulis blog terbitan MINE. Hubungi saya di vicenata2000 [at] yahoo [dot] com untuk mendapatkan buku ini.


    Novel bersama kedua saya hasil tangan Sri Diah, MBA, Rudy Bluehikari dan Ibnuariff sudah berada di pasaran sekarang. Terbitan Alaf 21.


    Novel Bersama sulung saya hasil tangan 23 penulis terbitan esastera.com.


    Buku kompilasi entri penulis blog terbitan MINE. Hubungi saya di rudy [at] bluehikari [dot] com untuk mendapatkan buku ini.

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER