Sunday, December 31, 2006
MASUK BARISAN




RB: Saya tengah baca Masuk Barisan dan akan buat ulasan fizikal dan entri paling terkesan di hati. Entri paling bosan saya diamkan. Kalau saya kritik ia akan mengundang celaka!

Tokrimau: Good Policy! Industri Blook masih terlalu muda untuk kritikan jujur. Seperti mana media berlapik mengkritik filem Melayu. Contohnya Cicakman. berhati-hati. Itu industri juta-juta!

Nota kaki: Mahu beli Blook terbaru kami; MASUK BARISAN? Hubungi saya di vicenata2000[at]yahoo[dot]com. RM22 termasuk belanja pos.
posted by rudy bluehikari @ 8:11 PM   2 comments
Saturday, December 30, 2006
JARAK




"Dia berusaha menjarakkan diri. Meskipun terbuku di hati, dia ingin mendekati", Aku. Kepada dia yang mahu hilang dalam senja nan merah persahabatan kami."

Nota Kaki: terima kasih meer, ilustrasi yang mengujakan!
posted by rudy bluehikari @ 9:08 PM   0 comments
Thursday, December 21, 2006
PET




Benarlah kata orang, manusia hanya boleh merancang tetapi penentuan untuk pelaksanaannya, hanyalah DIA;Tuhan yang menentukan.

Kau masih ingat Pet?

Pulang ke Pantai Timur tempoh hari aku cuba selitkan masa untuk bertemu dengan Pet. Lama aku tidak jumpa kouhai (junior) aku ini. Lebih 2 tahun! Tapi disebabkan ubat sedatif yang perlu dia makan, memungkinkan pertemuan kami ditunda lagi. Dua biji perlu ditelan setiap hari bagi mengawal sakit yang dihadapinya. Ubat ini memberi kesan mengantuk yang sangat teruk.

Kami hanya dapat bertemu dalam es-em-es. Kami berbalas-balas mesej seputar dugaan sakit masing-masing yang sudah bertahun-tahun lamanya. Aku dengan masalah sakit aku. Dia dengan masalah sakitnya. Tetapi, aku bersyukur meski sakitnya begitu sukar untuk diubati, tetapi dia optimis untuk meneruskan hidup. Aku terkesan dengan mesejnya; "Aku cuma ingat dua perkara bila sakit. Perkara paling besar. Pertama, sabar dan redha. Kedua, terus berusaha lagi untuk terus hidup".

Sekurang-kurangnya sakit yang aku alami ini, walaupun pada pandangan aku sendiri sangat teruk apabila ia datang, tetapi aku kena lihat juga penderitaan orang lain yang jauh lebih teruk daripada apa yang aku alami sekarang ini.

Ya, itulah ubat keresahan. Tuhankan ada?
posted by rudy bluehikari @ 4:30 PM   2 comments
Wednesday, December 20, 2006
PANTAI TIMUR
Salji mencair dan ketibaan Haru (Musim Bunga) antara Mac hingga April disambut dengan tengkujuh yang kadangkala disulami dengan taufan. Hari-hari basah dengan payjng seringkali tidak lepas dari tangan. Lelaki atau perempuan. Keluar dari rumah pastinya selepas menonton siaran berita tentang ramalan cuaca (biasanya sangat tepat!). Atau jika sudah terlewat aku capai sahaja Yomiuri Shinbun akhbar harian yang aku langgan sambil membelek sama ada ramalan hujan akan turun seharian itu. Oh! Itu rutin aku ketika tengkujuh datang berselang seli dengan taifu (taufan). Itu dahulu di Fukushima.

Ironisnya, Pantai Timur hujan sepanjang hari. Maka, akupun menjadi pasif dan berkurung di rumah dalam kedinginan tengkujuh. Lupakan tentang keindahan pantai dan ombak Laut China Selatan. Kerana matahari amat kedekut untuk senyum kepada tetamu seperti kami.

Tahun ini aku tidak sempat melihat pesta "menyinsing-kain-nampak-peha-mulus" dek bah pantai Timur. Pantai Timur masih selamat berbanding negeri Tokrimau di selatan yang sudah mula ditenggelami banjir.

Duduk di rumah sepanjang haripun kantung poket hampir kosong. Aliran ringgit begitu laju sekali. Apa tidaknya, sesekali pulang ke Pantai Timur, pasti aku akan leka dengan harga barangan yang ditawarkan. Runtuh poket aku!

Erm... kain baju suri lima pasang, tudung suri ...... :)
posted by rudy bluehikari @ 4:27 PM   9 comments
Tuesday, December 19, 2006
PALESTIN
Satu perkara yang aku kongsi sama dengan dia ialah tentang masa depan Palestin. Aku tidak pasti kalau ada orang yang tidak mahu sekalipun mengambil tahu tentang ini.

Ya, aku seperti putus-asa dengan masa depan Palestin. Betapa bersemangatnya umat Islam di luar Palestin ingin membantu mereka. Tetapi, akhirnya mereka bercakaran sesama sendiri dek kerana berbeza fahaman ideologi. Tidak bolehkah perpaduan disemarakkan di kalangan Hamas dan Fatah?

Abaikan sahaja Palestin. Penat sahaja kita bersuara tetapi hasilnya kosong!

Biar. Biar si luncai terjun dengan labu-labunya.
posted by rudy bluehikari @ 1:23 AM   2 comments
Friday, December 15, 2006
MUSIM KELANA
Musim untuk berkelana sudah bermula. Tiga hari ini bangun pagi disinari matahari pagi yang naik di hadapan mata. Seronok dapat bawa suri dan sicilik bermain pasir dan ombak laut. Kemudian menjelang senja melihat matahari turun juga di hadapan mata. Tidur pula pada malamnya didodoikan oleh desir ombak yang menenangkan jiwa.

Sungguh bertuah, kerana Allah menjadikan cuaca sangat baik selama tiga hari ini untuk kami nikmati alam yang cantik hasil karya Maha Pencipta. Terima Kasih Selat Melaka. Meski lautmu tidak setanding China Selatan, tetapi ia cukup mendamaikan.

Sore ini kembali berkelana semula.
Laut China Selatan, nantikan kami ya.
posted by rudy bluehikari @ 12:17 AM   7 comments
Wednesday, December 13, 2006
SEDAR



kadang-kadang kita tidak sedar,
sikap kita melukakan orang lain.... <bersambung>

posted by rudy bluehikari @ 7:52 PM   3 comments
TERCARI-CARI



Beberapa hari ini, tercari-cari aku? Nantilah aku cerita.
Bukankah Disember musim berkelana?
posted by rudy bluehikari @ 12:24 AM   6 comments
Tuesday, December 12, 2006
PAYUNG MAHKOTA

"SUTERA HALUS BERCORAK GEMALAI
CINCIN BAIDURI KALUNG PERMATA
CERIA KAMPUS BERSORAK SORAI
MENJUNJUNG DULI PAYUNG MAHKOTA"

"POHONLAH MANGGA DI TEPILAH SAWAH
TEPI PERMATANG SI POHON DUKU
SELURUH WARGA MENJUNG SEMBAH
SELAMAT DATANG DULI TUANKU"

Puas. Program dirancang untuk meraikan SPB Yang Dipertuan Agong sempena tamat tempoh pemerintahan berjalan dengan lancar.

Menjunjung Kasih Tuanku atas keberangkatan SPB Yang Dipertuan Agong ke teratak kami.

PAYUNG MAHKOTA khas dihasilkan untuk Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

PAYUNG MAHKOTA
Lagu: Prof Madya Abdul Jamal Abdul Hamid, Universiti Malaysia Sabah
Lirik: Haji Inon Shaharudin Abdul Rahim
Gubahan Orkestra: Prof Madya Abdul Jamal Abdul Hamid, (UMS)
Nyanyian: Nur Idayu Sopiee (KUSTEM) & Nadiayani Osman (UMS)
posted by rudy bluehikari @ 7:21 PM   0 comments
Wednesday, December 06, 2006
KOTAK
Suri: Kanda nanti balik, kanda carilah kotak kosong banyak-banyak bawa balik rumah.

Aku: Hah? Nak buat rumah kotak ke kat dalam rumah kita macam homeresu sinaganaga? Dinda buat rumah dinda kat hujung sini. Kanda buat kat hujung sana ye?

Suri: Huh!

Aku: Ha! Ha! Ha!

* homuresu - homeless
posted by rudy bluehikari @ 11:40 PM   3 comments
Tuesday, December 05, 2006
BERMOHON MELALUINYA
Melaluinya saban bulan memang memeritkan. Aku rasa sangat tidak bermaya. Rasa kesakitan dan keletihan dalam badan yang aku sendiri tidak boleh gambarkan dengan kata-kata. Bertambah teruk kalau pada masa yang sama hambatan tugas yang tak mengenal siang atau malam. Ia cukup mengganggu mental dan fizikal.

Sebolehnya aku bertahan. InsyaAllah, segala kekuatan itu datang dengan izin DIA. Aku bermohon semoga diberi kekuatan untuk melaluinya. Kekuatan. Kekuatan. Pinjamkan aku kekuatanMU Tuhan.
posted by rudy bluehikari @ 7:57 PM   3 comments
Monday, December 04, 2006
CINTA



Perkara pertama yang aku kesal ialah bila mengajak seorang sahabat untuk sama-sama menonton CINTA. Kenyang aku makan kutukan. Ya, aku akui nama filem-filem sebelum ini yang dimulakan dengan perkataan cinta, menjadikan ia satu fobia bagi khalayak yang sudah muak dihidangkan dengan kisah cinta bebal. Mesti ada yang pernah mendengar nama-nama filem yang menggunakan perkataan CINTA sebagai tajuk filem.

Terbaru satu filem yang menggabungkan perkataan "cinta dan dunia perubatan" yang sedang dalam penggambaran (aku tak mahu jelaskan nama filem berkenaan!). Aku sendiripun tidak tahu, macam mana boss aku boleh luluskan mereka buat penggambaran di tempat aku. Nasib baik aku bukan boss, kalau tidak memang aku tak luluskan! (baca: jahatnya aku!)

CINTA VERSI KABIR BHATIA

Aku terkesima menonton CINTA versi Kabir Bhatia yang amat mengesankan jiwa. 5 tiang cinta digarap penuh yakin dan cantik oleh10 pelakon utama. Dalam sepuluh orang itu, aku namakan Dato’ Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar dan Rashidi Ishak sebagai yang terbaik. Malah Shoffi Jikan, Ngasrizal Ngasri dan Adik Eryn Erynna (anak kepada Rita Rudani + Rashidi Ishak) sebagai pelakon pembantu juga amat mengesankan. Mungkin watak Pierre Andre dan Sharifah Amani boleh diperbaiki kerana agak stereotype dengan lakonan mereka dalam Gol dan Gincu/Sepet.

Aku ternanti-nanti kalau-kalau Afdzlin Shauki boleh ambil Shoffi Jikan sebagai pelakon salah satu filem akan datangnya!

KESINAMBUNGAN YANG MELEKAKAN

Jalan cerita yang tidak tersekat-sekat dengan lima cerita bergantungan antara satu sama lain! Penonton seperti aku seperti tidak sabar apa yang akan berlaku seterusnya!

PENCINTA SINEMATOGRAFI

Kalau kalian pencinta sinematografi filem, tontonlah CINTA! Seni mengambil gambar cukup dititik beratkan dalam filem ini. Hasilnya, CINTA sangat cantik. Setiap satu shoot digarap dengan segala aspek hingga menampilkan gambaran yang akrab dari jiwa! Aku terpaku melihat monorel, LRT dan komuter diambil pada masa yang sama dalam satu shoot! Homework ini bukan mudah untuk dimulakan! Setidak-tidaknya Kuala Lumpur bukanlah kota membosankan jika dilihat dari filem ini! Tahniah Madnoor Kassim!

Tontonlah CINTA! Aku seperti teringat kembali kesegaran ABANG 92 dan LAYAR LARA kembali semula mengubat rasa!
posted by rudy bluehikari @ 11:47 PM   8 comments
Sunday, December 03, 2006
REMBULAN PENUH
Rembulan penuh di langit malam. Cepatlah berlalu. Aku tidak tahan menanggung kesakitan. Amat.
posted by rudy bluehikari @ 7:44 PM   3 comments

RUDY BLUEHIKARI
dari Banting ke Fukushima
Winner of Geng Jurnal Best Weblog Award 2001
Terkini
Arkib 2006
Arkib

 

Links
Karya


    Buku kompilasi entri 20 penulis blog terbitan MINE. Hubungi saya di vicenata2000 [at] yahoo [dot] com untuk mendapatkan buku ini.


    Novel bersama kedua saya hasil tangan Sri Diah, MBA, Rudy Bluehikari dan Ibnuariff sudah berada di pasaran sekarang. Terbitan Alaf 21.


    Novel Bersama sulung saya hasil tangan 23 penulis terbitan esastera.com.


    Buku kompilasi entri penulis blog terbitan MINE. Hubungi saya di rudy [at] bluehikari [dot] com untuk mendapatkan buku ini.

Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER