Thursday, July 31, 2008 |
BLUEHIKARI.COM |
entri-entri segar terkini di BLUEHIKARI.COM |
posted by rudy bluehikari @ 10:09 PM |
|
|
Thursday, January 18, 2007 |
HIJRAH |
. Alhamdulillah. Rezeki murah. Aku berpindah ke rumah sendiri di http://www.bluehikari.com/nikki
Mengapa "nikki"?
Dalam bahasa Jepun, "nikki" bermaksud blog atau diari.
|
posted by rudy bluehikari @ 8:03 AM |
|
|
Tuesday, January 16, 2007 |
TOLONG BERSEBAB |
Kantung es-em-esku ditebak lagi.
"Assalamualaikum Rudy, Atok M ni! Ko jaga bahagian apa? Tak ada ke kerja-kerja mencuci bangunan dan kawasan? Atok M ada lesen Kementerian Kewangan. Tolong le. Orang lain dah kaya ada saudara tolong. Saudara kita mana ada yang boleh diharap! Ko le yang ada power sikit. Tolong usahakan. Tq."
Aku senyum-senyum.
Oh, dahulu masa keluarga aku susah. Masa aku dan adik-beradik minta belas untuk biaya sekolah, tiada siapa yang mahu tolong. Mak sanggup bersengkang mata setiap malam membuat kuih-muih dan nasi lemak untuk menampung belanja sekolah kami. Seawal jam 6.30 pagi aku sudah berkayuh basikal hantar kuih-muih dan nasi lemak itu ke kedai makan di simpang jalan kampung.
Lagi. Ketika aku mahu sambung belajar ke Jepun. Tiada seorangpun saudara mara aku mahu jadi penjamin. Aku melutut mohon belas termasuk kepada engkau sendiri; Atuk M. Semuanya takut aku tidak mampu bayar semula wang biasiswa, sedangkan biasiswa aku itu tidak perlu dibayar balik. Tapi, tiada siapa percaya. Dan akhirnya, seorang guru yang tiada pertalian darah denganku itulah yang menjadi penjamin aku. (Aku kenang budimu Cikgu Zainal sampai mati!)
Setelah aku berjaya. Setelah adik-adik semua berjaya dalam hidup, mengapa kau mula terhegeh-hegeh meminta bantuan aku yang tak pernah kau hiraukan suatu waktu dulu. Apakah kerana kami tak punya apa-apa dan kuasa pada masa itu?
Sungguh. Sungguh dunia sudah terbalik! |
posted by rudy bluehikari @ 10:58 PM |
|
|
Monday, January 15, 2007 |
TRAUMA MANGSA |
Menjadi mangsa keadaan memang menyakitkan. Tetapi, orang yang menjadi penyebabnya pula mudah pula melakukannya atas alasan gurauan. Gurauan ada tempatnya. Betapa traumanya melalui saat-saat itu untuk kali kedua. Kalian masih ingat? Sekitar 2001, pabila aku menjadi mangsa stalker dahulu. Sampai ke pihak Bukit Aman aku ambil tindakan. Cukuplah sekali itu. Tidak untuk kedua kali. Ia memeritkan! |
posted by rudy bluehikari @ 3:52 PM |
|
|
Sunday, January 14, 2007 |
0173378*7* |
Pernah mendengar perkataan STALKER? Ya, aku sudah jadi mangsanya. Seminggu ini aku tidak tahu siapa yang menghantar es-em-es kepada aku. Berulang-ulang kali. Isinya mengganggu. Bila ditanya siapa, jawapannya cukup buat aku geram semula. Biarkan sahaja? Atau buat laporan Polis? Atau laporkan kepada maxis? Atau kalian mahu mengenakannya semula? Ini nombornya -
0173378*7* |
posted by rudy bluehikari @ 4:25 PM |
|
|
|
|